Wednesday, October 28, 2015

Resepi laksa penang

Bismillah...
LAKSA PENANG:-
Sejarah laksa penang dlm kehidupanku sungguh bersejarah. saya dan adik beradik (9 org) adalah pemakan laksa penang tegar sejak kecil lagi....
Mak asal terengganu tapi kehidupan di Felda membuatkan kami belajar makan makanan dari negeri lain...bila mak buat laksa, kami adik beradik tak akan makan nasi dah...kecuali ayah je yang makan sebab ayah tak makan langsung laksa penang ni... saya dan adik beradik perempuan yang lain semua pandai buat dan makan laksa penang!
saya sendiri yang sudah berkahwin mengajar hero2 saya yang berusia 3 dan 5 tahun makan laksa, syukur, mereka memang suka! tapi suami tak suka la pulak...hehe...apapun, saya akan pastikan dalam peti ais bahan2 untuk membuat laksa sentiasa ada 365  hari...betul....mesti kena ada, begitu juga dengan stok laksa saya. Biasa saya beli 5 paket terus, senang...
kalau kami belajar di mana2, kami adalah ' tukang masak' laksa penang....peace!!

Bahan2:- (utk 5-10 org makan)

Ikan Selayang  sekilo
bawang besar 3-4 (labu besar)
belacan  3-5 inci (agak-agak)
cili kering (2-3 senduk besar
asam keping 5-6 keping (rebus sekali dengan ikan, letak garam n air )
daun kesum
bunga kantan
cili padi 10 biji dikisar (kalau nak pedas boleh cuba)-saya xpernah missssssss- keluarga kami kuat gila pedas...

Bahan hiasan:
telur
timun
bawang besar
 cili api/besar
limau nipis/kasturi

Cara2:
rebus ikan bersama air, garam 2-3 sudu, asam keping,
kisar ikan (saya buat bersama tulang),asam keping jg, dan tapis dengan penapis yang diyakini 100% tulang tak teluih,
kisar bawang besar+belacan+cili kering+cn kisar pulak, nanti guna je yang tu semula,cili api (kalau nak) dan masukkan bersama kuah ikan yang telah ditapis tadi...
letak atas dapur dan didihkan bersama daun kesum + bunga kantan...
biar sampai mendidih, rasa masin,masam ke tak...boleh tambah garam @ asam...
siap!....

sebelum tu jgn lupa rebus laksa ye...
sediakan bahan hiasan dan bolehkan makan dengan ceria....
wassalam...


Saturday, May 30, 2015

Cara untuk membuat air jampi sndiri dengan ayat al Quran ( ayat syifa)

Assalamualaikum..
Sudah lama tak up date blog ni, pastinya macam- macam perkara berlaku sepanjang tahun -tahun yang berlalu...
Biarla ia menjadi kenangan.
           Pada entry kali ini saya nak berkongsi Cara untuk membuat air jampi @ air penawar sendiri tanpa perlu ke berjumpa ustaz @ pengamal perubatan Islam...
 10.05.15 yang lalu,saya berkesempatan melihat rancangan tanyalah ustaz di tv9 bersama ustaz sharhan. Banyak ilmu yang dititip dan dikongsi bersama penonton. Ini adalah antara titipan beliau...moga bermanfaat.

1) sediakan air dalam botol ( keutamaan air zam zam,jika tiada air masak biase shj)
2) Bacalah al fatihah,selawat
3) ayat pertama: bismillah...
إن ربي على كل شئ حفيظ
4) bismillah...
وإذا مرضت فهو يشفين- سورة الشعراء :٨٠
( apabila aku sakit,Dialah yang menyembuhkan)
5) bismillah...
- سورة الفصلت :٤٤
قل هو للذين آمنوا هدى وشفاء
( katakanla: al Quran adalah petunjuk dan penyembuh)
 6) bismillah...
وشفاء لما في الصدور- سورة يونس:٥٧
(Penawar bagi penyakit 2 batin dalam Dada ( hati kamu)

             Kemudian tiupla ke arah botol dengan memuncungkan mulut, jarak 6 inci dan tiup perlahan ke arah lubang botol sambil beriktikad dalam hati: Ya Allah, dengan ayat dan kekuasaanMu,engkau sembuhkanlah penyakit dan berikanlah keberkatan dengan kekuasaanMu..ameen

7) simpanlah air ini dan minumlah, dengan niat yang naik dan tujuan yang baik. Air ini insyaallah bisa mengubati penyakit batin,anak demam panas, erat hubungan, anak degil, dan semua penyakit yang pastinya akan sembuh dengan izin dan kehendah Allah. Air ini hanyalah perantara.

Selawat mencuba!


Thursday, May 15, 2014

Setia menanti...

15.5.14 aku pergi ke klinik Fatimah utk cek urine test, -ve...aku kecewa dan tiba2 perasaan takut peristiwa lama akan berulang kembali...
Ya Allah, aku amat berharap aku mengandung...haidh terakhir aku pada 28.3.2014...mungkin terlalu awal utk aku membuat ujian, tapi hati aku rasa rungsing sangat..aku tak nak fikir dah...andai benar aku ada rezaki, aku bersyukur, jika sebaliknya, aku redha dan pasrah..
Muiz n Hakim, permata hti umi dan ayah...umi sgt bersyukur akan kehadiran kalian di dunia ini...maaf andai umi mengabaikan kalian,...umi sayangkn kalian dunia & akhirat.

adik & abang, doakan umi ayah bila kami tiada di bumi ini....
-muhammad al hakim & abdullah al mu'izz-

Wednesday, September 11, 2013

Keguguran 3 bulan kandungan

setelah hampir 3 bulan lebih tak datang haidh, pada 7.9.2013, buat UPT di rumah=+ve. itupun setelah buat UPT yang lain sebelum ini..
pada 7.7.2013 pergi buat scan n upt=-ve n kosong rahim, dan buat scan lagi pada raya ke 6, 14.8.2013 dan rahim masih kosong.
Pada 8.9.2013 ahad, petang ada darak keluar warna coklat, biar je sebab sikit..
Isnin 9.9.13, darah coklat keluar lagi pagi waktu mengajar, terus minta keluar pergi klinik swasta depan sekolah, buat UPT lagi sekali=+ve..tak scan, sebab Dr. cakap masih baru,scan takkan nampak...so, balik dan berharap semua selamat...
Selasa,10.9.13 darah merah keluar seperti haidh, cuma tak berbau macam haidh, tapi biar dan memgajar macam biase sampai pukul 1.30, darah dah makin banyak keluar seperti paip, terus minta balik awal dengan GPK nak ke KKBM, ...
Balik rumah, solat n bawa al hakim teman. muiz bersama ayahnya di rumah, sampai KKBM jumpa Dr dan buat UPT lagi=+ve, refer Dr ibu, scan rahim kosong, buat checkup vagina guna speculum (aduyai, ngeri nye tengokkkk), cara yang betul, tarik nafas, tenang n relax, beri kerjasama pada Dr,...hasilnya, tak sakit langsung, percayalah....
Janin yang gugur tak dapat dikesan, rasa2 memang tak keluar lagi....hmmm, jadi kena refer pakar ke HOSAS. Drive sendiri ke hosas bersama suami n anak2..pukul 4 .15 sampai terus checkup lagi vagina guna spebulum, sebelum itu, janin gugur dah keluar waktu drive ke hosas!lega selamat, scan rahim dah kosong n clear, terus bagi mc 1 week dan pantang seperti biasa, tak perlu repeat ke hosas sebab dah clear, tak perlu cuci...syukur semua selamat...

Monday, November 12, 2012

MESIN BASUH LG FRONT LOADING 13KG

Tercari-cari mesin basuh yang terbaik?...LG antara yang terbaik. Walaupun harga agak mahal, (harga RM3500-13kg)(RM1600-7kg-offer),  tapi pelaburannya sangat berbaloi. Orang kata, takkan menyesal...Bila try basuh, memang lembut basuhannya. Puas hati...dengan kapasiti yang agak besar 13 kg, kini saya boleh jimatkan masa & tenaga untuk kerja-kerja yang lain. Semuanya dihujung jari!

Front loading washing machine 13 kg    


Didatangkan dengan pelbagai fungsi...

Tuesday, June 5, 2012

Ahlan Ya Al Mu'izz...

Beberapa jam selepas dilahirkan. Lena diulit mimpi...
Inilah permata hati yang dinanti2 selama ini. Syukur padaMU Ya Ilahi atas kurniaan yang tak ternilai ini...Sekarang sudah pun mencecah 4 bulan. Sepenuhnya susu ummi. Moga dipanjangkan rezekimu Mu'izz yer....






3 Bulan usiaku...mei 2012
Semoga al Mu'izz menjadi insan yang berguna, penyejuk mata ummi & ayah. Peneman Abg Hakim...Doakan ummi dan ayah hidup dan mati....al mu'izz- yang mulia. Syukur Ya Allah....

Saturday, December 24, 2011

2012...

Cerianya....
Alhamdulillah, tahun 2011 hampir meninggalkan...kini tiba 2012. Bulan 3 Hakim akan genap 2 tahun dan bulan sebelumnya iaitu bulan Febuari...InsyaAllah Hakim akan mendapat adik baru. Lelaki ke Perempuan,  hanya Allah yang tahu...Moga Hakim bisa menjadi abang yang terbaik!...